Monday, January 9, 2012

perjalanan hidup

Dalam aku meniti jambatan kehidupan ini, bermacam-macam rintangan dan halangan yang aku tempuh. Setiap jalan yang dilalui ada kesan dalam kehidupan ini, ada yang dirasai di lewat hari, dan ada juga yang dirasai dengan serta merta( seperti pedih mata terpandang matahari). Setiap pilihan dan keputusan dibuat dengan 2 pertimbangan, iaitu rela dan terpaksa. Rela yg diertikan adalah, keputusan yang dinukil dengan hati, dan jiwa yang hasil dari pemikiran yang tenang, rasional dan baik. erti kata lainnya, keputusan yang terbaik yang boleh kita hasilkan dengan segala pertimbangan... ianya rela. Terpaksa pula suatu keadaan yang memerlukan kita untuk membuat sesuatu keputusan bukan atas pertimbangan akan pilihan dan jalan yang dihasilkan oleh minda kita, tetapi sebaliknya keputusan yang berdasarkan desakan dan keadaan luaran dan juga dalaman yang sangat menghimpit diri kita.

Bersyukur kepada Allah s.w.t , kerana melalui minda dan akal ini, dapat jua aku menempuh kehidupan sangat mencabar ini. Tetapi, sekuat mana pun , setabah mana pun manusia... pasti akan merasa duka dan luka. Keadaan ini aku suratkan sebagai dugaan dari Allah kepada umat manusia. Dugaan dalam perhubungan antara Adam dan Hawa. Pernahkah kalian merasa, apabila perasaan kasih dan sayang anda dambarkan sepenuhnya tidak terbalas, dan pernahkan anda merasa perasaan kasih dan sayang dilayangkan dengan mudah dibalas dengan sempurna. Ya Allah, engkau maha pengasih dan maha penyayang. Engkau mengetahui segala kebaikan akan yang berlaku terhadap manusia. Pasti setiap yang berlaku ada sebab dan hikmahnya. Kelemahan dan kekurangan diri, kebaikan dan kebukuran diri, dan keikhlasan & kejujuran diri adalah penyebab segala yang berlaku ketika ini.

Aku redha akan ketentuan ini, malah aku berdoa agar diberikan aku satu perasaan, khabar , dan berita gembira yang mampu membuat aku tersenyum di kemudian hari. KeTabahan ini adalah kurniaan dariMu ya Allah, dan jangan engkau tarik balik dalam aku meniti pilihan yang aku lalui kerana kasih dan sayang ini bukan berlandaskan nafsu dan dogaan luaran. Perasaan ini aku dambarkan untuk mendekatimu Ya Allah.


. Ya Allah, berikan aku nur dalam hidup, berikan aku ketenangan jiwa, dan kebaikan dalam perhubungan seharian ini. amin~

2 comments:

ciK LyndaWawa said...

amin...

Anonymous said...

nice blog wawa... randy afandi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...